Saturday, April 14, 2012

Halia Hilangkan Mabuk Darat

ASSALAMUALAIKUM 

Sekarang jam menunjukan pukul 10:30 malam.. Haih.  Hari ni penat bekerja. Mengecat dan Mengemas bilik. 
berceloteh sebentar
Apa khabar semua..??? 
Pada malam yang dingin ni..
Opai nak bagi tips macam mana nak hilangkan mabuk darat atau laut..
Sesapa pernah mengalami mabuk darat ataupun mabuk laut...
Cepat Angkat tangan..

Okay.. Bagi sesapa yang mengalami situasi ni Opai ada ubat nak bagi ni..Nak tak...?? 
Tapi ubat ni korang boleh beli kat kedai ataupun buat kat rumah sendiri..
Tapi main sources ubat ni ialah halia..
Halia yang orang selalu guna dalam masakan.Tapi,Opai taklah suruh korang makan sebiji halia ni nak hilangkan mabuk. siapa yang berani makan halia ni sebiji.. Opai pun tak berani.. Pedas kot...
Jadi Opai akan ajar macam mana nak buat crystallized ginger. Kita boleh beli kat kedailah.. Bagi siapa yang nak savv duit tu..Boleh la belajar nak buat benda ni Senang je.

RESEPI CRYSTALLIZED GINGER
Bahan2
  • 2 biji Halia
  • Air
  • Gula Halus
Cara2nya
  • Hiriskan 2 biji halia sehingga nipis,
  • Timbangkan haliani dalam penimbang
  • Sukatkan air  dengan nilai timbangan halia tadi. Maksudnya  kalau halia tu 40 gram, air mesti 40 gram/ml. teori sains
  • Then masakkan kedua dua bahan ni selama sejam.
  • Toskan halia dan timbang semula.
  • Seterusnya,timbangkan gula dengan nilai timbangan halia tadi. Kebiasaanya halia akan menjadi berat selepas dimasak,kerana halia akan menyerap air.So,gula harus sama nilai timbangan dengan halia
  • Masak halia dengan gula sehingga larut.
  •  Then gaulkan halia yang dilarut  gula dengan gula halus. 
  • Sejukkan-nya sebentar. Hidangan siap.anda boleh simpann di dalam botol. Bahan ini boleh bertahan selama  tiga bulan.


Inilah hasilnya.. Insya-Allah ia boleh mengubati penyakit korang..

SELAMAT MENCUBA
Jangan Lupa Komen-Ya. ^....^




4 comments:

  1. ish menariknya... sebab saya mmg ada masalah mabuk laut... tapi sekali sekala nak gak naik feri :P thanks opai for da info... suka sangat!!

    ReplyDelete
  2. umiey sidi-yup.. makan crystallised ginger tu..

    ReplyDelete

Satu pun Jadi la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...